Sunday, 13 May 2012

lain orang lain cara kan?

lepas solat maghrib tadi, tiba2 je teringat pasal minggu lepas..aku kat hospital,. masa tengah tunggu doktor tiba2 depan aku lalu seorang budak perempuan.. dengan ayah dia,. rasanya budak tu muda 2, 3 tahun dari aku kot.. ayah dia pegang lengan dia, bawa dia jumpa nurse nak ambil darah.. sihat je aku tengok.. perlu ke nak pimpin macam tu? darah aku tiba2 rasa meluap2.. entah kenapa aku pun tak tahu. rasa sakit hati. mata aku xlepas pandang dia dengan ayah dia sampailah hilang dari pandangan aku..

aku iri hati sebenarnya. mesranya dia dengan ayah dia.. aku xpernah rasa mesra macam tu dengan ayah.. ayah garang. nak bercakap dengan ayah pun aku takut. apa lagi nak berbual, bermesra dan bergurau senda macam orang lain. bukan salah siapa.. dah memang ayah jenis yang garang, nak buat macam mana kan. walaupun ayah garang, aku tahu ayah sayang semua anak2 dia,.

dalam ramai adik beradik, aku paling jarang kena marah atau kena pukul dengan ayah masa kecil2 dulu. mungkin sebab aku sakit, jadi aku xnakal sangat. tapi bila sekali ayah marah, aku serik, takut sangat2. berbekas dalam hati dan boleh buat aku menangis bila teringat, walaupun benda tu dah berlalu 7, 8 tahun lepas. yang lain mungkin dah lali sebab dah selalu kena marah.

dah nak dekat 3 bulan xjumpa mak ayah n adik2.. rindu sangat.. tapi sayang, rindu dekat ayah xtahu macam mana nak lepaskan. terasa sangat2 janggal nak telefon dan tanya khabar ayah.. ayah buat apa? ayah sihat? ayah da makan? aku hanya tanya khabar ayah melalui mak bila aku telefon mak.. sebak sangat bila fikir2 kan. 

No comments:

Post a Comment