Sunday, 13 May 2012

lain orang lain cara kan?

lepas solat maghrib tadi, tiba2 je teringat pasal minggu lepas..aku kat hospital,. masa tengah tunggu doktor tiba2 depan aku lalu seorang budak perempuan.. dengan ayah dia,. rasanya budak tu muda 2, 3 tahun dari aku kot.. ayah dia pegang lengan dia, bawa dia jumpa nurse nak ambil darah.. sihat je aku tengok.. perlu ke nak pimpin macam tu? darah aku tiba2 rasa meluap2.. entah kenapa aku pun tak tahu. rasa sakit hati. mata aku xlepas pandang dia dengan ayah dia sampailah hilang dari pandangan aku..

aku iri hati sebenarnya. mesranya dia dengan ayah dia.. aku xpernah rasa mesra macam tu dengan ayah.. ayah garang. nak bercakap dengan ayah pun aku takut. apa lagi nak berbual, bermesra dan bergurau senda macam orang lain. bukan salah siapa.. dah memang ayah jenis yang garang, nak buat macam mana kan. walaupun ayah garang, aku tahu ayah sayang semua anak2 dia,.

dalam ramai adik beradik, aku paling jarang kena marah atau kena pukul dengan ayah masa kecil2 dulu. mungkin sebab aku sakit, jadi aku xnakal sangat. tapi bila sekali ayah marah, aku serik, takut sangat2. berbekas dalam hati dan boleh buat aku menangis bila teringat, walaupun benda tu dah berlalu 7, 8 tahun lepas. yang lain mungkin dah lali sebab dah selalu kena marah.

dah nak dekat 3 bulan xjumpa mak ayah n adik2.. rindu sangat.. tapi sayang, rindu dekat ayah xtahu macam mana nak lepaskan. terasa sangat2 janggal nak telefon dan tanya khabar ayah.. ayah buat apa? ayah sihat? ayah da makan? aku hanya tanya khabar ayah melalui mak bila aku telefon mak.. sebak sangat bila fikir2 kan. 

Friday, 4 May 2012

barangkali...

barangkali aku sudah gila.. hahaaa..

itu yang sesuai aku labelkan diri aku..
u know y?
dalam kesibukan pelajar2 di desa sintok menyiapkan assignment, prepare for midterm exam, participate in program.. aku boleh layan movie.. secret garden.. 20 episod.. panjang tu, plus minus 20 jam.. but to be frank, 40 episod.. sbb aku dah TER tengok 2 kali.. hahaa.. yes aku memang gila.. semua aku tolak tepi.. movie aku lebih penting dari exam.. lagi penting dari assignment.. sebenarnya dah lama aku nak tengok movie tu.. dari tahun lepas lagi.. dah lama jugak aku ambil (awal sem) n simpan elok2 dalam laptop aku.. aku kawal diri.. tahan nafsu.. aku set kan dalam hati.. tengok movie bila cuti sem nanti,, sebab aku tahu, once i start, i cant stop.. entah macam mana, aku boleh terfikir nak tengok movie tu.. aku pun xtahu.. then, bermula lah kisah tragis aku tengok movie non stop.. baju aku yang dah kering, berhari2 aku xlipat.. aku biar dia bertimbun macam gunung kat katil sebelah.. bilik berhari2 aku xsapu,.. tongkang pecah pun xboleh lawan dengan bilik aku.. mentang2 aku duduk sorang, xada rumet.. xada orang nak marah aku.. hahhaa.. n xada jugak orang nak suruh aku stop tengok movie tu.. but then, bila habis tengok movie, baru aku sedar aku di dunia realiti, bukan lagi dunia fantasi macam dalam movie.. aku mula sedar yang aku sudah gila.. but, what can i do? rice has become porridge.. hahahaahaha..

kesimpulannya aku perlu rumet..